click nuffnang utk mengetahui

Kelly Leesa

Kelly Leesa

feed it!

vote blog bayiberiman

26 Julai 2010

Jangan bersedih

Allah berfirman yang bermaksud: “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab) Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi yang mengatasi kekuasaan atas segala-galanya.” (Ghafir:16). Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya.” (Ar- Rahman: 29)

“Apabila laut tiba-tiba bergelombang, ombak menghempas bergulung-gulung dan angin bertiup dan menderu kencang, si nelayan akan berseru: Oh Tuhan, ya Allah. Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir Sahara, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, dia pun berseru: Oh Tuhan, Ya Allah. Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti, maka yang ditimpa musibah itu akan berseru dengan sekuat hatinya: Oh Tuhan, Ya Allah. Apabila pintu ditutup di hadapan para pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah.

Apabila ikhtiar sudah sempurna, sementara jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka pun berseru: Oh Tuhan, Ya Allah. Apabila dunia yang luas terbentang ini terasa sempit buat anda sedangkan diri anda terasa dihimpit oleh segala yang ditanggung, anda pun berserulah: Oh Tuhan, Ya Allah.”Begitulah indahnya ungkapan bagaimana keresahan manusia dan keperluan manusia kepada Allah s.w.t

Tiada ulasan:

secebis senyuman

Tajaan