Hai, Assalamualaikum.
Daripada Allah kite dtg , dan kepada Allah kite kembali.
Kelmarin, aku baru je tidoe. tengah baring2..
baru terlelap.
mama ketuk pintu bilik
"Nakk, mak long sakit tenat..kalau larat bangun mengajikan mak long, kalau tk pon doakan mak long nakk"
Pusing kiri-kanan. gerak2kan otot.
aku pergi mengaji untuk tenangkan hati..
Selesai mengaji ,
"Nakk , mak long dh takde nakk"
Ini tentang rasa aku.
Awal tahun ni , mak long sekeluarga baru pindah ke kem bakri.
Mak long banyak kali ajak aku ke rumah mak long.
tapi...
banyaknyerr sebab aku tak jadi pergi.
Selalu mak long akan call aku hari jumaat atau sabtu..ajak dtg rumah.
Sumpah.!!bukan aku tanak.. tapi tk tahu lahh wehh..
apa masalah aku!!
Aku selalu mcm happy..
nampak mak long mesti ..
hai makyong...then aku salam.
baru aku blah.
aku memang tk banyak bersembang pon dgn mk long.
Kemudian , bile dh cuti sem...hari tu jumpe mklong kt umah atok
"Sya , kamu kata nak dtg umah mak long?"
"Sorry lahh mak yong..kite bukan tanak dtg..kite busy sangatt..tk sempat lg..janji naek sem kite dtg umah mayong"
Situasi aku dan mama aku pulakk
mak aku asyik plan nak pergi rumah nenek Ani dan makyong.
Tapi tak kesampaian.
maklong ni jenis yang suke sambut tetamu dgn makanan.
hikhik..
apa kuih mak long tk pandai buat ..
ayat fav.maklong
"buduh lahh sape tk rase masakkan aku"
tak kesahlahh sedap ke takk kann.confident tu penting!! tp sumpah semua kek dan kuih aku memang suke mk long buat.hikhik
Kali terakhir masa aku jumpa mak long
Aku cari adik aku..then aku marah adik aku..
"Cakap nak pergi, tapi tk siap lagi"
pastu mak long ckp
"Sya, tak payah cakap kuat2..kalau marah pon.. belajar cakap perlahan.."
tapi masa tu aku terus berlalu...
sebab aku jenis yg tak sabar ...sebelum aku tertinggi suara , aku terus meluru ke depan tv.
balek tu aku ckp dgn mama
"maa, kite kalau mk long bebel malas nk dengar,kite terus jalan je sbb kite takut tertinggi suara"
Maklong aku tu suke bebel .lepastu suruh belajar rajin2.
Situasi adik aku yang nama dekda
"wehh, aku dah bgtau mk long , aku tanak jadi doktor..tapi aku nk jadi enginerr aircraft"
"lepastu mk long cakap apa?"
"mak long cakap..oke"
"itu je?"
"pastu aku cakap dengan mak long, nanti nak mtk tolong paklong masa nak minta kerja, mak long cakap 'haa..oke jugak sebab paklong ade kawan tuu"
Maklong aku ni nak sangat adik aku jadi doktor, tapi adik selalu merungut tanak jadi doktor..tapi aku cakap "Kalau kau tak minat, cakap jelahhh ngan mak long"
atlast dye cakap...pekara ni dalam tahun ni jugak.
Kali terakhir aku bawak makcik2..
masa dorang nak pergi berurut dgn spa..
Dorang macam cuak kebebeh sikit sebab aku bawak laju..
Tengah aku bawak kereta , aku ade marah kat satu kereta ni
"Badigol betol lahh kereta ni!!"
mak long pon tetibe ckp
"Macam arwah ayah kau"
berderau darah aku
"Apesal pulak macam ayah aku?"
"Kamu cakap badigol tadi, arwah ayah kau kan suke cakap mcm tu.."
tersenyum aku..betul, arwah ayah aku suke cakap badigol kalau time bengang masa kt jalan raya.
hihihi.
Sebelum mak long meninggal, aku asyik rasa teringat tapi semakin jauh..
Sepanjang semalam , aku asyik teringat saat pemergiaan arwah ayah aku..
Jenazah datang daripada Kem Bakri, Bezanya Hospital Muar dengan Melaka je.
Jenazah diiringi polis
Jenazah dikunjungi ramai sahabat
Jenazah dibaringkan tempat yang sama..
Syahdu sangatt..
Semoga Syafiq dan adik beradik tabah menghadapi hari mendatang.
Al-fatihah kepada arwah makyong dan arwah ayah. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.Aamiin.
1 May 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan